mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Pn. Rusmawati Binti Sahar (Q2 2017)

PENGENALAN ASAS KOMPUTER  & LATIHAN ICT (MICROSOFT OFFICE)

 Nama    : Rusmawati Binti Sahar

 Umur    : 48 tahun

 Ahli      : 2015

Latar belakang

Beliau merupakan seorang ibu tunggal kepada 4 orang anak yang bekerja sebagai Kerani Koperasi Felda Sg. Tengi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kehidupan seharian Kak Rusmawati hanya berkisarkan di rumah dan di tempat kerja semata-mata. Beliau memulakan harinya seawal jam 6.00 pagi untuk menguruskan persiapan anak bongsunya ke sekolah dan melangkah ke tempat kerja jam 8.30 pagi. Pada hujung minggu beliau banyak menghabiskan masa di rumah melayang cucu-cucunya dan menguruskan rumahtangga. Bebanan kerja yang dipikul semakin hari semakin bertambah ekoran semua pekerja ditempatnya perlu menguasai ilmu teknologi maklumat. Tanpa sebarang pengetahuan dan kemahiran computer yang beliau ada, perkara ini telah mendatangkan masalah kepada beliau untuk menjalankan urusan pekerjaan beliau sehari-hari.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada peringkat permulaan, petugas memberi pendedahan mengenai pengenalan asa computer seperti komponen-komponen computer. Selain itu, petugas juga memberi panduan latihan ICT seperti kelas Microsoft Office (MS Word & MS Power point), serta Video menggunakan Movie Maker.

Dan kini, beliau telah mahir menggunakan komputer dengan baik.

 

____________________________________________________________________________________________________________________________