PENGENALAN ASAS KOMPUTER & LATIHAN ICT (MICROSOFT OFFICE)
|
Nama : Rosnah binti Shamsudin Umur : 40 tahun Ahli : 2013 |
Latar belakang
Beliau merupakan anak jati Felda Sg Tengi. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tengi dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah kebangsaan Agama Simpang Lima, Sabak Bernam, Selangor. Beliau sekarang berkhidmat sebagai Guru Iqra di Rumah Ngaji Pusat Literasi Felda Sg. Tengi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selari dengan kemajuan teknologi maklumat pada masa kini dan kehidupan sekarang yang banyak bergantung kepada teknologi maklumat di mana kebanyakan aktiviti seharian bergantung kepada atas talian memerlukan beliau untuk mendalami dan mempelajari apa itu IT, membuatkan beliau tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menimba ilmu IT di Pusat Internet Felda Sg. Tengi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Petugas memberi panduan latihan ICT Microsoft Office (MS Word, MS Excel, MS Power Point & MS Publisher). Di samping itu, Beliau diperkenalkan asas computer seperti komponen-komponen computer.
Hasil daripada bimbingan petugas beliau kini mampu mengendalikan computer dengan baik.
______________________________________________________________________________________________________________________