CELIK IT – NUR SELINA BINTI MAHABUR RAHMAN

Latar Belakang
Nur Selina binti Mahabur Rahman berusia 18 tahun. Merupakan murid lepasan SPM dari SMK Kg. Soeharto. Beliau merupakan anak tunggal dari pasangan Pn. Rohayaton dan En. Mahabur Rahman. Hobi beliau adalah melayari internet dan bercita-cita menjadi seorang peguam pada satu hari nanti
Peserta Pembelajaran Sepanjang Hayat (Perkhidmatan Pintar)
Beliau mengikuti Program Tuisyen Rakyat bermula dari Tingkatan 4 sehingga Tingkatan 5. Program Kelas Tuisyen Rakyat anjuran NADI merupakan satu inisiatif yang bertujuan membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik dalam suasana pembelajaran yang lebih santai dan berkesan. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengulang kaji pelajaran, memahami topik yang sukar serta mendapatkan bimbingan tambahan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman. Selain membantu dalam pelajaran, kelas ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Pelbagai aktiviti pembelajaran interaktif turut dijalankan supaya pelajar lebih berminat dan fokus semasa belajar. Program ini juga dapat meringankan beban ibu bapa kerana yuran yang dikenakan adalah percuma
KEJAYAAN CEMERLANG DALAM SPM 2025
Seperti yang dijangka Nur Selina memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM. Beliau meraih 9A. Suasana pembelajaran yang selesa dan interaktif juga menjadikan pelajar lebih fokus dan bersemangat untuk belajar. Hasil daripada usaha dan sokongan yang diberikan, pelajar menjadi lebih yakin serta mampu meningkatkan prestasi akademik mereka. Kejayaan ini membuktikan bahawa program Tuisyen Rakyat NADI mampu membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan masa depan yang lebih baik.


