mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Norazmila binti Anuar (Q3 2022)

PENGENALAN ASAS KOMPUTER  & LATIHAN ICT (MICROSOFT OFFICE)

 Nama    : Norazmila binti Anuar

 Umur    : 39 tahun

 Ahli      : 2013

Latar belakang

Norazmila binti Anuar atau lebih mesra di panggil Mell merupakan generasi ke-2 Felda Sg. Tengi dan mempunyai empat orang anak hasil dari perkahwinan yang pertama dan kini telah berkahwin buat kali yang ke-dua.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Mell mula berjinak-jinak dengan perniagaan (dropship) menjual produk kesihatan dan kecantikan wanita pada tahun 2015. Namun perniagaan yang diusahakan tidak dapat bertahan lama kerana kurangnya ilmu pengetahuan dan bimbingan. Pelbagai jenis pekerjaan telah diusahakan oleh beliau namun semuanya hanya sekerat jalan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menyedari arus perniagaan sekarang ini yang lebih kepada kemahiran IT, beliau ingin mempelajari teknik perniagaan secara atas talian dan beliau perlu menguasai kemahiran IT bagi memudahkan urusan perniagaannya. Dengan kerjasama dan bantuan daripada petugas PEDi, beliau mempelajari asas computer terlebih dahulu seperti komponen-komponen utama computer serta program aplikasi atau perisian sesebuah computer sebelum mengikuti latihan ICT seperti kelas Microsoft Office (MS Word, MS Excel, MS Publisher dan MS Power Point). Di samping itu, beliau turut mempelajari cara mengedit video menggunakan Movie Maker. Di samping itu, beliau juga mempelajari teknik perniagaan secara atas talian bagi menguruskan perniagaan beliau.

_____________________________________________________________________________________________________________________________