Nama : Norafiqah bt Mohd Kamal Umur : 16 tahun Ahli : 2023 |
Latar Belakang
Norafiqah Bt Mohd Kamal berumur 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Men.Keb. Kg. Soeharto. Panggilan mesra beliau adalah Iqa. Hobi beliau adalah melayari internet dan membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Sebelum penglibatan beliau dengan NaDi, beliau banyak menghabiskan masanya dirumah dengan melayari internet dan membaca novel. Beliau juga kurang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Words, Power Point dan Excel kerana beliau hanya mempelajarinya di makmal komputer sekolah yang memberikan ilmu yang terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi
Selepas penglibatan beliau sebagai salah seorang ahli di NaDi Felda Sg. Tengi, beliau sering menghadiri kelas ICT bersama rakan-rakan beliau bagi mempelajari perisian Microsoft Office dengan lebih terperinci dan laman-laman web yang berkaitan dengan pelajaran atas talian seperti Quiziz dan sebagainya.