mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Muhammad Aiman Akil Bin Mohd Fadzir (Q2 2024)

aiman

Nama : Muhammad Aiman Akil Bin Mohd Fadzir

Umur : 18 tahun

Ahli : 2015

 

Latar belakang

Nama saya Muhammad Aiman Akil Bin Mohd Fadzir. Saya berumur 18 tahun. Saya merupakan salah seorang pelajar di PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Muhammad Aiman Akil merupakan salah seorang pelajar di Sekolah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Titian Murni.Sebelum penglibatan sebagai ahli NADI rutin harian beliau hanya di PDK dan dirumah sahaja. Pihak PDK ada membekalkan bagi setiap pelajar dengan kemudahan gajet seperti Tab dan Mp3 bagi meningkatkan daya berfikir dan kreativiti pelajar-pelajarnya. Namun, bagi Muhammad Aiman, beliau merupakan seorang pelajar yang berkebolehan untuk memajukan diri dan berfikiran kreatif. Dengan adanya gajet-gajet yang diberikan oleh pihak PDK, ia mampu menjana peningkatan kreativiti mereka, namun tanpa adanya kemudahan internet (Wifi) ia menyukarkan para pelajar untuk mengakses kelaman diatas talian seperti youtube, colouring online dan lain-lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan beliau sebagai salah seorang ahli PDK yang menjadi ahli di NADI Felda Sg. Tengi, beliau sering menghadiri kelas ICT bersama rakan-rakan beliau bagi mempelajari asas-asas computer dan laman-laman internet yang dapat meningkat daya pemikiran mereka.

Dengan kerjasama daripada pihak PDK Felda Sg Tengi, mereka bersama-sama memberikan bantuan dalam mendidik para pelajar ini untuk memahami dan memberanikan diri untuk menggunakan computer.

Tidak seperti rakan-rakannya yang lain, Muhammad Aiman Akil merupakan pelajar yang cepat belajar dalam menggunakan computer. Beliau amat gemar melayari laman youtube untuk mendengar lagu-lagu melayu dan alunan muzik yang terdapat didalam youtube.

Menurut guru mereka, bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah seperti beliau amat sesuai untuk diberikan pendedahan kepada alunan muzik yang lembut dan tidak terlalu keras kerana ia dapat membantu mereka untuk bertenang dan dapat menghiburkan hati dan mental mereka.

Begitu juga dengan Muhammad Aiman Akil, beliau sering menghadirkan diri ke NADI Felda Sg Tengi bersama Adik atau ibu bapa beliau untuk mengikuti kelas-kelas ICT yang mudah untuk difahami seperti kelas-kelas mewarna diatas talian, manfaatkan ilmu melalui tutorial dan lain-lain.

Kini, beliau sudah mahir untuk menggunakan computer dengan sendiri tanpa perlu untuk dibantu lagi. Namun begitu, pendedahan kepada program klik dengan bijak masih tetap diberikan kepada beliau supaya beliau tidak menyalahgunakan kemudahan computer.

 

aiman 2