mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Hazrinah Binti Amri (Q4 2021)

PENGENALAN ASAS KOMPUTER  & LATIHAN ICT (MICROSOFT OFFICE)

 Nama    :  Hazrinah binti Amri

 Umur    : 39 tahun

 Ahli      : 2013

Latar belakang

Beliau merupakan generasi ke-dua Felda Sg. Tengi dan bekerja sebagai Pekerja Ladang di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)

Kehidupan seharian Puan Ina hanya berkisarkan di rumah dan di tempat kerja semata-mata. Beliau memulakan harinya seawal jam 5.00 pagi untuk menguruskan persiapan anak bongsunya ke sekolah dan melangkah ke tempat kerja jam 6.30 pagi. Pada hujung minggu beliau banyak menghabiskan dengan mengemas rumah dan bercucuk tanak sekitar kawasan kediaman beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)

Dengan tertubuhnya  Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Felda Sg. Tengi membuka sejarah baru bagi Puan Ina. Beliau ingin mempelajari dan mendalami ilmu teknologi maklumat serta keusahawanan kerana beliau berminat untuk menceburi dunia perniagaan bagi menambah mata pencarian keluarganya. Beliau mempelajari asas computer terlebih dahulu seperti komponen-komponen utama computer serta program aplikasi atau perisian sesebuah computer sebelum mengikuti latihan ICT seperti kelas Microsoft Office (MS Word, MS Excel, MS Publisher dan MS Power Point). Di samping itu, beliau turut mempelajari cara mengedit video menggunakan Movie Maker. Di samping mengikuti setiap kelas ICT dan keusahawanan di PEDi Puan Ina juga aktif dalam setiap program yang dianjurkan oleh pihak PEDi seperti Program Hari Bersama PEDi, Program Dashboard, Program Hari Kemerdekaan, dan lain-lain.

_____________________________________________________________________________________________________________________________