mcmc
Jadual Aktiviti

ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA DIGITAL

📣 [WEBINAR JANUARI 2026 NADI x CYBERSECURITY]

Ayuh mulakan tahun 2026 dengan langkah yang bermakna melalui penyertaan dalam webinar pertama kami yang memfokuskan kepada ancaman siber dalam dunia digital. Pihak kami amat mengalu-alukan penyertaan para peserta dalam webinar pertama bagi tahun 2026 sebagai inisiatif awal meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap ancaman siber.
Seiring dengan perkembangan pesat teknologi digital, ancaman siber semakin kompleks dan berisiko kepada keselamatan data serta privasi pengguna. Kesedaran dan pengetahuan yang tepat amat penting bagi memastikan keselamatan diri, organisasi dan maklumat dalam dunia digital.
📅 Tarikh: 15 Januari 2026
⏰ Masa: 3:00 – 4:30
💻 Platform: LMS NADI X CYBERSECURITY
Objektif Webinar:

  • Memberi kefahaman tentang jenis-jenis ancaman siber dalam dunia digital
  • Meningkatkan kesedaran terhadap risiko keselamatan siber