mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Norhaslina Binti Mohd Yussof (Q4 2018)

Nasi kerabu cik na

USAHAWAN MAKANAN (NASI KERABU, KUIH-MUIH & IKAN PEKASAM)

 Nama    : Norhaslina Binti Mohd Yussof

 Umur    : 37 tahun

 Ahli      : 2018

Latar belakang

Puan Norhaslina atau lebih dikenali dengan gelaran Cik Na menjalankan perniagaan makanan sejak 4 tahun yang lalu. Beliau membuka gerai jualan di Dataran Niaga Felda Sg. Tengi setiap pagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM250 – RM300 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Atas faktor ingin meluaskan perniagaannya kerana ini lah punca pendapatan Cik Na sekeluarga, beliau mengunjungi Pusat Internet untuk mempelajari ilmu perniagaan secara atas talian. Cik Na mengikuti kelas multimedia dan latihan keusahawanan. Beliau kini telah memiliki akaun facebook, yang bertujuan untuk mempromosikan perniagaan beliau. Melalui facebook dan Dashboard MyShop, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500 sebulan.

____________________________________________________________________________________________________________________