mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Hazrinah Binti Amri (Q4 2017)

Shaklee Ina

USAHAWAN SHAKLEE & DRMZ TABLET MINDA

 Nama    : Hazrinah Binti Amri

 Umur    : 35 tahun

 Ahli      : 2013

Latar belakang

Wanita yang berusia 35 tahun ini sememangnya anak jati Felda Sungai Tengi. Beliau menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini Raja Abd Fariq yang berasal dari Setiawan, Perak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Hazrinah merupakan pengedar sah produk kesihatan Shaklee & DRMZ Tablet Minda. Hampir 3 tahun beliau menjadi pengedar produk kesihatan ini dan pendapatan yang diperolehi sekitar RM100 – RM200 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau mula mendapat permintaan yang banyak selepas mengikuti pelbagai kelas dan menerima bantuan serta tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet Felda Sg. Tengi mengenai cara dan kaedah yang betul untuk mempromosikan produk yang beliau edarkan ini. Berkat kesabaran dan kesungguhan beliau dalam mengikuti setiap bengkel atau kelas usahawan di Pusat Internet ini beliau kini mampu tersenyum dengan hasil pendapatan kini mencecah RM1000-RM2000 sebulan.

______________________________________________________________________________________________________________________