mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Cik Nursyahirah Binti Mohamed Kumari (Q2 2017)

Syahirah IVMIST

USAHAWAN IVMIST HULU SELANGOR

 Nama    : Nursyahirah Binti Mohamed Kumari

 Umur    : 25 tahun

 Ahli      : 2014

Latar belakang

Nursyahirah Binti Mohamed Kumari atau lebih mesra dipanggil Syira adalah anak peneroka Felda Sg. Tengi. Beliau membesar di Felda Sg. Tengi dan bersekolah di SK. Sg. Tengi serta SMK Kg. Soeharto. Menurut Nursyahirah, sebelum menjadi stokis IVMIST, beliau hanya membeli produk ini untuk kegunaan sendiri. Namun, setelah mendapati produk ini berkesan dan memberikan feedback positif kepada dirinya, dia mula menjadi agent dan akhirnya menjadi stokis bagi Hulu Selangor.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menurut  Nursyahirah sendiri, sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau hanya pernah mempelajari sendiri tentang penggunaan computer di sekolah. Namun, disekolah hanya asas penggunaan computer yang diajar. Beliau hanya tahu menggunakan computer untuk menaip dan membuat slide pembentangan. Beliau juga kurang mahir dalam menggunakan media social seperti facebook dan Instagram sebagai platform untuk membuat perniagaan atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Namun, setelah menjadi ahli Pusat Internet di Felda Sg. Tengi, beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan Kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet tanpa sebarang bayaran dikenakan. Di Pusat Internet, beliau sering mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut sebagai promosi untuk produk IVMIST. Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan produk di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di Pusat Internet, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social.

_______________________________________________________________________________________________________________________