mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Nur Farah Hana Bahari (Q1 2017)

JSD Farah Hana

USAHAWAN JAMU SUSUK DARA (JSD) SELANGOR

 Nama    : Nur Farah Hana Bahari

 Umur    : 29 tahun

 Ahli      : 2015

Latar belakang

Nur Farah Hana binti Bahari berasal dari Rawang, Selangor, namun selepas berkahwin, beliau menetap di Felda Sungai Tengi. Pada bulan Julai 2013, beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan Jamu Susuk Dara (JSD). Beliau mula bergerak bersama-sama stokis/pengedar JSD yang lain dengan menyertai apa sahaja kursus-kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai produk-produk yang dihasilkan oleh JSD. Melalui kursus-kursus ini, akhirnya beliau menjadi pengedar sah JSD pada bulan Julai, 2013

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menurut Nur Farah Hana, beliau mula memperkenalkan produk-produk JSD hanya kepada teman-teman rapat, ahli keluarga dan jiran terdekat. Melalui kaedah ini, pendapatannya tidak memberangsangkan kerana skop pelanggan yang kecil dan kebanyakan mereka tidak menggunakan produk JSD. Beliau tidak mempromosikan produk JSD di laman social kerana tidak mahir menggunakan computer serta tidak mempunyai mana-mana akaun laman social.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Namun, setelah mengikuti kelas usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet di Felda Sungai Tengi, beliau mendapat tunjuk ajar daripada petugas mengenai kaedah dan langkah yang betul dalam mempromosikan produk JSD melalui perniagaan atas talian (online business). Melalui kelas-kelas ini, beliau dapat belajar dan menubuhkan akaun Facebook, Blog dan Instagram sebagai platform untuk mempromosikan produk JSD dengan lebih luas. Dengan menggunakan kaedah ini, permintaan terhadap produk JSD semakin banyak dan pendapatan beliau juga semakin bertambah setiap bulan.

______________________________________________________________________________________________________________________