Pendidikan

Pendidikan

Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi

IMG 20160415 WA0026

Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi atau nama ringkasnya SKST merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Sg. Tengi.

Sekolah Kebangsaan Sungai Tengi Terletak ditengah-tengah perkampungan Desa Maju Felda Sg. Tengi. Terletak hampir 500 meter dari jalan utama. Berhampiran dengan Dewan Serbaguna, Pejabat Felda, Pejabat Technoplant, Klinik Desa dan Pusat Literasi Felda Sg. Tengi. Jarak antara SKST dengan Pusat Pentadbiran Kuala Kubu Bharu adalah sejauh 88.8 KM. Manakala, dari SKST ke Bestari Jaya pula sejauh 35.8 KM. Daripada Tanjung Malim pula adalah sejauh 56.8 KM dan dari Sg. Besar sejauh 86.8 KM.