mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan April 2018

Karnival Muafakat @ Sg Tengi

Tarikh : 13 April 2018

Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang 

Lokasi : Dewan Serbaguna Felda Sg Tengi

Peserta : Komuniti Setempat

Tujuan :

Program ini telah disertai oleh komuniti setempat Felda Sg Tengi. Tujuan utama Karnival Muafakat @ Sg Tengi ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara pihak SERANTA dengan komuniti setempat.

Aktiviti :

Antaranya ialah Taklimat mengenai Belia, Cabutan Bertuah dan sebagainya.

Gambar Disini

 

 

KOSPEN BELIA CERGAS (LELAKI)

Tarikh : 21 April 2018

Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang 

Lokasi : PI Felda Sg Tengi/Gelanggang Futsal 

Peserta : Belia Lelaki Felda Sg Tengi

Tujuan :

Program ini telah disertai oleh 23 orang Belia Lelaki Felda Sg Tengi. Tujuan Program Kospen Belia Cergas (Lelaki) ini diadakan adalah untuk memastikan golongan belia lelaki sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup sihat.Program ini juga membantu mereka memantau pengambilan kalori harian dengan memberi panduan cara pemakanan sihat. Dengan adanya program seperti ini, secara tidak langsung pihak PI telah memudahkan komuniti setempat membuat saringan kesihatan dan memantau tahap kesihatan mereka.

Aktiviti :

PI Felda Sg Tengi telah menganjurkan saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah dan BMI. Selain itu, Kejohanan Futsal Terbuka turut dianjurkan di dalam program ini. Manakala, cabutan bertuah hanya untuk peserta yang membuat saringan kesihatan sahaja.

Gambar Disini

 

Kelas Literasi ICT

Tarikh : 1-30 April 2018

Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang 

Lokasi : Pusat Internet Felda Sg Tengi

Peserta : Surirumah, Pelajar Sekolah Rendah, Belia, Pelajar Sekolah Menengah, Usahawan (IKS) dan Pelajar SRA 

Tujuan :

Program ini telah disertai oleh surirumah, pelajar sekolah rendah, belia, pelajar sekolah menengah, usahawan (IKS) dan pelajar SRA Felda Sg Tengi. Tujuan utama Kelas Literasi ICT ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta tentang penggunaan ICT dengan betul untuk melahirkan peserta celik IT. 

Aktiviti :

Antara kelas literasi ICT tersebut ialah Klik dengan Bijak-Taklimat dan Tayangan Video, Microsoft Power Point, e-learning, Latihan Keusahawanan dan sebagainya.

Gambar Disini