Program Komuniti & Usahawan ICT
|
Tarikh : 14 Februari 2018 Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sg Tengi Peserta : 129 orang |
Tujuan :
Program ini disertai oleh 129 pengunjung dari komuniti setempat. Program Komuniti dan Usahawan ICT diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan asas ICT Multimedia kepada usahawan dan bakal usahawan. Selain itu, bengkel penghasilan video dan foto untuk usahawan / bakal usahawan mengupload produk mereka ke You tube / Facebook /My shop turut dianjurkan di dalam program ini. Walaupun program ini berfokuskan kepada usahawan. Tetapi, program ini juga turut disertai oleh komuniti setempat.
Aktiviti :
PI Felda Sg Tengi telah menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan khusus untuk komuniti setempat dan Usahawan IKS. Antaranya, Bengkel Video & Foto, Latihan ICT Multimedia, Sukaneka (Jalinan Kasih & Sentuhan Kasih Ibu) dan banyak lagi aktiviti menarik yang lain. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada komuniti setempat.
KOSPEN (Belia Perempuan)
|
Tarikh : 14 Februari 2018 Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sg Tengi Peserta : 44 orang |
Tujuan :
Program ini telah disertai oleh 44 orang Belia Perempuan Felda Sg Tengi. Tujuan Program Kospen Belia Cergas ini diadakan adalah untuk memastikan belia perempuan sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup sihat. Program ini juga membantu mereka memantau pengambilan kalori harian dengan memberi panduan cara pemakanan sihat. Selain daripada itu, dalam program ini, sasaran PI lebih tertumpu kepada belia perempuan, walau bagaimanapun program ini turut disertai oleh komuniti setempat. Dengan adanya program seperti ini, secara tidak langsung pihak PI telah memudahkan komuniti setempat membuat saringan kesihatan dan memantau tahap kesihatan mereka.
Aktiviti :
PI Felda Sg Tengi telah menganjurkan saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah dan BMI. Selain itu, Sukaneka (Sentuhan Kasih Ibu) turut dianjurkan di dalam program ini khusus untuk Belia Perempuan.
Kelas Literasi ICT
|
Tarikh : 1-28 Februari 2018 Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sg Tengi Peserta : Surirumah, Pelajar Sekolah Rendah, Belia, Pelajar Sekolah Menengah, Usahawan (IKS) dan Lepasan Sekolah. |
Tujuan :
Program ini telah disertai oleh surirumah, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, usahawan (IKS) dan lepasan sekolah Felda Sg Tengi. Tujuan utama Kelas Literasi ICT ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta tentang penggunaan ICT dengan betul untuk melahirkan peserta celik IT.
Aktiviti :
Antara kelas literasi ICT tersebut ialah Klik dengan Bijak-Taklimat dan Tayangan Video, Microsoft Word, e-learning, Dashboard (MyShop) dan sebagainya.