| Tarikh | 08 November 2025 |
| Masa | 10.00 pagi |
| Tempat | NADI Felda Sungai Tengi |
| Sasaran | Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar cara membuat kuiz bergambar menggunakan PowerPoint serta meningkatkan minat mereka terhadap ICT dengan aktiviti yang menyeronokkan.
Aktiviti
- Penerangan ringkas tentang fungsi hyperlink dalam PowerPoint.
- Tunjuk cara buat kuiz menggunakan gambar dan butang pilihan jawapan.
- Pelajar memilih gambar dan menambah teks soalan.
- Peserta membuat pautan (link) kepada slide “Betul” dan “Salah”.
- Uji kuiz secara interaktif dan kongsi hasil kerja masing-masing.