|
Tarikh : 20 Mei 2024 Masa : 11.00 am – 12.00 pm Lokasi : NADI Felda Sg Tengi Peserta : Belia |
Tujuan
Membantu peserta mempelajari cara penulisan resume yang jelas dan menarik tentang kelayakan, pengalaman kerja, pendidikan, dan kemahiran seseorang kepada bakal majikan. Resume membantu calon pekerja untuk menonjolkan diri dari kandidat lain dalam proses pemilihan
Aktiviti
Petugas menerangkan kepada peserta teknik-teknik untuk menghasilkan resume yang baik seperti:
- Pastikan resume anda padat tetapi informatif. Ringkaskan maklumat mengenai pendidikan, pengalaman kerja, dan kemahiran supaya mudah dibaca dan difahami oleh majikan.
- Gunakan bahasa yang tepat dan formal dalam resume anda. Pastikan ayat-ayat anda jelas dan mudah difahami oleh pembaca.
- Susun maklumat secara teratur mengikut format yang tersusun. Biasanya, resume dimulakan dengan maklumat peribadi, diikuti dengan pendidikan, pengalaman kerja, kemahiran, dan sebagainya.