Basic ICT : Membuat Surat Format Rasmi Permohonan Bantuan (Ms. Word) April 2024

Laporan Aktiviti | 16 April 2024

Tarikh : 4 April 2024

Masa : 11.00 am – 12,00 pm

Lokasi : NADI Felda Sg Tengi

Peserta : Belia

 

Tujuan

Petugas memaklumkan kepada peserta untuk membuat permohonan bantuan perlulah menggunakan format surat rasmi kerana ia memastikan struktur teratur, serta menyediakan kepastian identiti pengirim dan penerima. Selain itu, ia menunjukkan kredibiliti dan profesionalisme, serta sesuatu yang disampaikan dengan jelas dan efektif melalui setiap bahagian surat.

Aktiviti

  • Petugas menerangkan kepada peserta cara untuk  membuat surat permohonan bantuan menggunakan format surat rasmi.
  • Peserta perlu mengetahui bantuan yang diperlukan dan kepada siapa surat ini diajukan.

Petugas menunjukkan beberapa contoh surat permohonan bantuan mengikut format surat rasmi.