STEM-IoT: Eksperimen Telur Terapung, Tenggelam Dan Melayang Mac 2024
|
Tarikh : 18 Mac 2024 Masa : 11.00 am – 12.00 pm Lokasi : NaDi Felda Sg Tengi Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
Eksperimen ini dilakukan bagi mengetahui adakah telur ini akan terapung, tenggelam, dan melayang dalam larutan garam. Eksperimen ini boleh digunakan untuk mengajar prinsip-prinsip sains seperti kepadatan, fenomena flotasi, dan tekanan hidrostatik kepada pelajar.
Aktiviti
- 1.Petugas menyediakan bahan-bahan untuk membuat ekperimen seperti, 3 biji telur, sudu, garam dan 3 gelas yang berisi air
- 2.Petugas mengarahkan setiap peserta untuk melakukan proses seperti:
- 3.Masukkan sebiji telur ke dalam gelas yang berisi air
- 4.Telur seterusnya dimasukkan ke dalam gelas yang telah diletakkan garam dengan jumlah yang banyak
- 5.Kemudia sebiji telur lagi dimasukkan ke dalam air larutan garam yang sedikit.
- 6.Peserta memerhati dan mencatat telur yang manakah akan terapung, tenggelam dan melayang.