mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Sarehat Binti Md Tasan (Q1 2024)

USAHAWAN MAKANAN (BAHULU DAN PIZZA)

Nama :Sarehat binti Md Tasan

Umur : 62 tahun

Ahli : 2015

 

Latar Belakang

   Sarehat Binti Md Tasan merupakan salah seorang warga Felda Sg Tengi. Beliau mula menceburi perniagaan bakery dengan bekerja di kedai bakery milik sahabatnya. Setelah kedai tersebut ditutup, beliau meneruskan perniagaannya dengan menyewa sebuah kedai kecil untuk membuat bahulu dan pizza bersama tiga orang sahabatnya. Puan Sarehat juga mengambil tempahan biskut raya untuk menambah hasil jualannnya.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan NaDi

Menurut Puan Sarehat sendiri, sebelum beliau datang untuk mempelajari ilmu ICT beliau kurang mahir dalam penggunaan ICT dan media sosial. Beliau hanya menjual dan mengambil tempahan kek dan kuih-muih daripada ahli keluarga, jijran-jiran, rakan-rakan dan masyarakat setempat melalui whatsapp sahaja. Beliau juga tidak mahir dalam mempromosikan kek dan kuih-muihnya di dalam media sosial seperti Facebook.

 Selepas penggunaan ICT/penglibatan NaDi

Selepas mengikuti kelas asas pengenalan komputer di NaDi, beliau dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer dan mempelajari lebih dalam tentang ilmu ICT. Selain itu, beliau turut mengikuti kursus usahawan yang dianjurkan oleh NaDi Felda Sungai Tengi. Dengan tunjuk ajar dan bantuan daripada petugas, beliau dapat menimba ilmu mengenai langkah dan kaedah yang betul dalam mempromosikan produknya di dalam media sosial seperti Facebook dan Instagram serta dapat belajar cara mengambil tempahan daripada pelanggan di atas talian. Melalui kaedah perniagaan atas talian ini, permintaan terhadap produknya semakin meningkat kerana beliau turut mendapat tempahan daripada pelanggan yang tinggal di luar dari kawasan Felda Sungai Tengi. Pendapatan beliau juga semakin meningkat dan memberangsangkan.