mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Nor Azuwah binti Abdullah (Q4 2022)

PENGENALAN ASAS KOMPUTER  & LATIHAN ICT (MICROSOFT OFFICE)

 Nama    : Nor Azuwah binti Abdullah

 Umur    : 35 tahun

 Ahli      : 2013

Latar belakang

Nor Azuwah binti Abdullah atau lebih mesra di panggil Wawa merupakan generasi ke-2 Felda Sg. Tengi dan telah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya yang berasal dari Kg. Pasir Puteh,Kalumpang dan memiliki tiga orang cahayamata.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Wawa merupakan salah seorang kakitangan kerajaan yg berkhidmat sebagai Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah. Setelah mendirikan rumahtangga dan mempunyai 3 orang cahayamata, Wawa mula bercadang untuk menambahkan pendapatan sampingan dengan berniaga secara kecil-kecilan produk kesihatan dan kecantikan wanita serta pelbagai kek dan kuih-muih tradisional.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menyedari arus perniagaan sekarang ini yang lebih kepada kemahiran IT, beliau ingin mempelajari teknik perniagaan secara atas talian dan beliau perlu menguasai kemahiran IT bagi memudahkan urusan perniagaannya. Dengan kerjasama dan bantuan daripada petugas PEDi, beliau mempelajari asas computer terlebih dahulu seperti komponen-komponen utama computer serta program aplikasi atau perisian sesebuah computer sebelum mengikuti latihan ICT seperti kelas Microsoft Office (MS Word, MS Excel, MS Publisher dan MS Power Point). Di samping itu, beliau turut mempelajari cara mengedit video menggunakan Movie Maker. Di samping itu, beliau juga mempelajari teknik perniagaan secara atas talian bagi menguruskan perniagaan beliau.

_____________________________________________________________________________________________________________________________