mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Norazlina binti Othman (Q2 2022)

PENGENALAN ASAS KOMPUTER  & LATIHAN ICT (MICROSOFT OFFICE)

 Nama    : Norazlina binti Othman

 Umur    : 39 tahun

 Ahli      : 2016

Latar belakang

Nor Azlina binti Othman atau lebih mesra di panggil Alin merupakan generasi ke-2 Felda Sg. Tengi dan telah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya yang berasal dari Felda Soeharto.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan di Warung Anak Kampung milik keluarganya. Selain daripada itu, Puan Alin turut berniaga produk kesihatan dan kecantikan wanita.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau mempelajari asas computer terlebih dahulu seperti komponen-komponen utama computer serta program aplikasi atau perisian sesebuah computer sebelum mengikuti latihan ICT seperti kelas Microsoft Office (MS Word, MS Excel, MS Publisher dan MS Power Point). Di samping itu, beliau turut mempelajari cara mengedit video menggunakan Movie Maker. Di samping itu, beliau juga mempelajari teknik perniagaan secara atas talian bagi menguruskan perniagaan beliau

_______________________________________________________________________________________________________________________________