Rakyat Malaysia memang baik dan pemurah.
Asalkan ada orang yang memerlukan, berderu bantuan yang datang. Peniaga kecil-kecilan pun diserbu akibat perniagaan mereka di“viral”kan oleh netizen.
Kita juga murah hati dalam memberikan sokongan moral kepada mereka yang membuka ruang peribadi dan berkongsi pengalaman hidup.
Kandungan mengenai pengalaman kehidupan yang mengutarakan sifat kemanusiaan akan lebih memberi kesan kepada audiens dan seterusnya menggalakkan tindakan yang positif dan produktif.
Kerjasama atau kolaborasi dengan orang lain membolehkan sesuatu tujuan itu dicapai dengan cepat dan mudah kerana kita semua mempunyai kelebihan masing-masing yang saling melengkapi.
Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna.
Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.
#positifnproduktif
#klikdenganbijak
#KDB
#celikmedia
#celikmaklumat
#mediaandinformationliteracy
#digitalmedialiteracy
#literasimediadigital
#literasi
#fakenews
#beritapalsu
#maklumat
#Malaysia
#kualalumpur
#ootdmalaysia
#kempen
#miv
#malaysiaictvolunteer