Pendidikan

Positif & Produktif – Gunakan Pendekatan Berhemah bagi Mengekalkan Keharmonian di Alam Maya

Bayangkan. ​

Dunia Internet tanpa maklumat palsu atau fitnah, penipuan, eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak, kebencian atau diskriminasi terhadap orang, agama, atau kaum. ​

Macam mana nak positifkan diri kalau Internet dipenuhi dengan kebencian, maki hamun, keganasan, kekejaman, kesedihan, tak ada toleransi, dan macam-macam lagi sikap negatif?​

Kita perlu jadi ejen yang hanya mencipta serta menyebarkan kandungan yang membawa mesej positif ‘n produktif. ​

Kita perlu juga mempromosikan sikap ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kita supaya mereka juga hanya mencipta dan berkongsi kandungan yang positif ‘n produktif. ​

Bayangkan jika semua pengguna Internet di Malaysia dan seluruh dunia hanya mencipta dan berkongsi kandungan yang positif ‘n produktif. ​

Sudah tentu Internet akan menjadi ruang yang selamat dan penggunanya menjadi positif ‘n produktif.​

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​

Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.​

#positifnproduktif
#klikdenganbijak
#KDB
#celikmedia
#celikmaklumat
#mediaandinformationliteracy
#digitalmedialiteracy
#literasimediadigital
#literasi
#fakenews
#beritapalsu
#maklumat ​
#Malaysia
#kualalumpur
#ootdmalaysia
#kempen
#miv
#malaysiaictvolunteer