mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan November 2017

Kelas Literasi ICT SRA Sg Tengi

Pelajar lelaki Tahun 5 tekun menaip pantas menggunakan Ms. Word

 

Hari Pertama

 

Hari Kedua

 

Tarikh : 31 Oktober-1 November 2017

Masa : 2.30-5.00 petang

Peserta : Pelajar Tahun 5 Sekolah Rendah Agama Sg Tengi

Tempat : Pusat Internet Felda Sg Tengi 

Pada 31 Oktober-1 November 2017, Kelas Literasi ICT untuk pelajar Tahun 5 SRA Sg Tengi telah diadakan di Pusat Internet Felda Sg Tengi. Seramai lebih kurang 43 orang peserta telah hadir untuk bersama-sama menjayakan kelas ini. Antara tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar menggunakan Ms. Word mengikut format yang betul.

 

 

 

KOSPEN Sihat Sejiwa (We Care 4U)

Poster program

Komuniti setempat yang menjayakan program

 

Tarikh : 18 November 2017

Masa : 9.00 pagi-12.00 tengahari

Peserta : Warga Emas, Belia (Wanita/Lelaki) & Kanak-kanak

Tempat : Pusat Internet Felda Sg Tengi 

PI Felda Sg Tengi telah menganjurkan Program KOSPEN Sihat Sejiwa (We Care 4U) khusus untuk warga emas Felda Sg Tengi. Walau bagaimanapun, program ini turut disertai Belia Wanita/Lelaki. Terdapat seramai 38 orang pengunjung termasuk kanak-kanak telah hadir bagi menjayakan program ini. Namun, hanya 27 orang sahaja yang terlibat dalam saringan kesihatan. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini. 

Galeri Foto