USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN WANITA (AGENT KOSMETIK SOBELLA)
|
Nama : Pn. Norsapiah binti Ibrahim Umur : 42 tahun Ahli : 2015 |
Latar belakang
Usahawan produk kecantikan wanita (agent kosmetik Sobella)
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Norsapiah binti Ibrahim berasal daripada Tanjung Karang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah Rantau Panjang. Kemudian melanjutkn pelajaran dalam bidang kejururawatan di Kolej Kejururawatan di Jerantut, Pahang. Beliau merupakan seorang jururawat kemasyarakatan yang berkhidmat di Felda Sg. Tengi. Beliau memperolehi 4 orang cahayamata hasil perkongsian hidup dengan suami tercinta En. Azlan bin Abu Bakar yang merupakan anak jati Felda Sg. Tengi.
Pendapatan beliau sekitar RM50.00 hingga RM100.00 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah menjadi ahli Pusat Internet di sini. beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan Kelas ICT yang diadakan di PI secara percuma. Di PI, beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.
Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perniagaannya di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di PI, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social.
Pendapatan beliau kini mencecah RM500 – RM700.00 sebulan mengikut pada tempahan yang dibuat.
_______________________________________________________________________________________________________________________
