mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Amanina binti Zabidi (Q4 2020)

amanina kuih

USAHAWAN MAKANAN (ROTI CANAI & KUIH-MUIH)

 Nama    : Pn. Amanina binti Zabidi

 Umur    : 28 tahun

 Ahli      : 2020

Latar belakang

Usahawan makanan (roti canai & kuih-muih)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Amanina binti Zabidi, atau lebih mesra disapa Nina, berasal dari Kg. Pagoh, Alor Gajah, Melaka. Beliau telah mendirikan rumahtangga denga Muhammad Ershady yang merupakan cucu  peneroka Felda Sg. Tengi. Beliau dikurniakan 2 orang puteri dan seorang putera hasil perkongsian hidup dengan suami tercinta. Beliau merupakan seorang surirumahtangga dan membantu suaminya berniaga roti canai pada setiap pagi. Suaminya membuka warung kecil-kecilan berniaga roti canai pada sebelah pagi.

Pendapatan beliau sekitar RM100.00 hingga RM200.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menjadi ahli Pusat Internet di sini. beliau berpeluang menggunakan perkhidmatan Kelas ICT yang diadakan di PI secara percuma. Di PI, beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.

Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perniagaannya di laman social seperti Facebook dan Instagram. Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di PI, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social.

Pendapatan beliau kini mencecah RM300 – RM600.00 sebulan mengikut pada tempahan yang dibuat.

_______________________________________________________________________________________________________________________