Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan 2019

Laporan Aktiviti | 1 October 2019

Tarikh     : 28 September 2019 (Sabtu)

Masa       : 7.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Sg Tengi

Peserta    : Komuniti Setempat

Tujuan

Program ini telah disertai oleh komuniti setempat Felda Sg Tengi. Tujuan utama Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan Pusat Internet Felda Sg Tengi ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan pihak komuniti Felda Sg Tengi, pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), lokaliti KOSPEN dan badan NGO.

Aktiviti

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk komuniti setempat yang sudi hadir bagi menjayakan program ini. Buat pertama kali sempena program ini, PI Felda Sg Tengi menganjurkan Pertandingan Larian Cakna Kesihatan Terbuka. Dan pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan.  Selain itu, pameran agensi seperti PTPTN Cawangan Rawang, As-salihin dan sebagainya turut tidak ketinggalan untuk membuka kaunter perkhidmatan pelanggan. Selain itu, Pertandingan Aplikasi Dashboard Komuniti iaitu MyShop (Iklan Produk) & MyKomuniti (Mengarang Artikel) turut diadakan. Di samping itu, turut diadakan Pertandingan Mewarna untuk pra sekolah/tadika KEMAS/Tahap 1 (SK), Kuiz Teka Silang Kata (Gaya Hidup Sihat) untuk kanak-kanak dan dewasa. Menu Pinggan Sihat (suku-suku separuh) untuk belia/surirumah. Terdapat juga pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung yang ingin tahu tahap kesihatan mereka dari segi Pemeriksaan Tekanan Darah, Gula Dalam Darah dan BMI (ukur tinggi & berat badan). Uniknya lagi, pihak Hospital Slim River juga turut menganjurkan Kempen Derma Darah kepada komuniti setempat. Di samping itu, Advokasi  Klik Dengan Bijak, Mobile E-waste & cabutan bertuah untuk 200 pengunjung yang terawal turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Selain daripada itu, Sukaneka Baling Tin kategori ibu dan anak adalah acara kemuncak program ini. Pelbagai gelagat dan telatah lucu ibu dan anak melempar selipar untuk menjatuhkan tin kosong.

Gambar Disini