USAHAWAN MAKANAN SEJUK BEKU DAN PENGUSAHA PELAMIN
|
Nama : Norhaslina Binti Safri Umur : 34 tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Puan Norhazlina menjalankan perniagaan makanan sejuk beku (karipap frozen) dan juga menghias pelamin untuk majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, aqiqah, pertunangan dan lain-lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM1500 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
- Atas dorongan kawan-kawan dan suami tercinta, beliau mengunjungi Pusat Internet Felda Sg.Tengi untuk mengikuti kelas latihan ICT serta kelas keusahawanan bagi memantapkan lagi ilmu perniagaan yang sedia ada. Beliau kini telah memiliki akaun facebook yang bertujuan untuk mempromosikan perniagaan beliau. Melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000 sebulan.
_______________________________________________________________________________________________________________________
