mcmc
Pendidikan

Positif & Produktif – Selidik Segala Maklumat yang Diperolehi Menerusi Internet

9 Positif Produktif Selidik Segala Maklumat yang Diperolehi Menerusi Internet

Maklumat yang datang dari satu sumber harus dibandingkan dengan sekurang-kurangnya 2 sumber yang berlainan lain untuk memastikan faktanya tidak berubah.​

Tambahan pula dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) oleh pemberi perkhidmatan dan platform media sosial, sangat kerap maklumat yang kita dapat adalah hasil daripada pilihan yang kita lakukan- Apa yang kita “Like”, “Dislike”, dan “Follow”.​

Apabila kita dihidangkan dengan jenis maklumat yang sama, hasilnya kita tidak boleh membuat perbandingan dengan sumber yang lain bagi memastikan kesahihan maklumat tersebut. Buatlah keputusan berdasarkan maklumat yang sahih sahaja. ​

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​

Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.

#positifnproduktif
#KlikDenganBijak
#celikmedia
#celikmaklumat
#mediaandinformationliteracy
#digitalmedialiteracy
#literasimediadigital
#literasi
#fakenews
#beritapalsu
#maklumat ​
#Malaysia
#kualalumpur
#ootdmalaysia
#kempen
#miv
#malaysiaictvolunteer