mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Nurul Fadilah Binti Mustafa (Q4 2017)

bawang goreng crunchy

USAHAWAN BAWANG GORENG CRUNCHY

 Nama    : Nurul Fadilah Binti Mustafa

 Umur    : 29 tahun

 Ahli      : 2016

Latar belakang

Puan Nurul Fadilah binti Mustafa merupakan kakitangan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Titian Murni Felda Sungai Tengi. Beliau merupakan tenaga pengajar untuk orang kurang upaya (OKU). Bergelar isteri kepada En. Azli bin Miswan dan mempunyai sepasang cahaya mata yang masing-masing berusia 7 dan 11 tahun. Selain daripada bergelar pendidik beliau turut mengusahakan perniagaan bawang goreng. perniagaan bawang goring crunchy ini di jalankan pada tahun 2016. Mereka menggunakan modal hasil daripada simpanan mereka sendiri tanpa membuat pinjaman daripada mana-mana pihak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Hasil pendapatan jualan bawang crunchy mereka tidaklah memberangsangkan kerana kekurangan promosi sehingga ada segelintir penduduk setempat tidak tahu bahawa mereka menjalankan perniagaan bawang goreng crunchy. Pendapatan bulanan yang mereka perolehi hanya sekitar RM200.00-RM300.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui maklumat penduduk setempat, petugas Pusat Internet Felda Sungai Tengi menemui pasangan ini untuk menawarkan bantuan dari segi promosi dan latihan keusahawanan yang perlu mereka sertai bagi menambahkan ilmu perniagaan untuk menjamin perniagaan yang mereka usahakan ini maju dan berkembang serta mampu meraih pendapatan yang lumayan.

Setelah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Felda Sg. Tengi. Setiap hujung minggu beliau akan menghadiri kelas latihan ICT seperti kelas  Microsoft office, kelas laman media social, latihan keusahawanan dan sebagainya.

Hasil daripada pembelajaran tersebut Puan Nurul kini sudah tahu bahawa laman media social memainkan peranan yang cukup besar bagi memajukan lagi perniagaan yang mereka jalankan ini.

Dengan bantuan petugas Pusat Internet, Puan Nurul kini telah pun memiliki akaun facebook dan ingstagram sendiri bagi mempromosikan perniagaan bawang goreng crunchy ini. Beliau dapat menarik lebih ramai pelanggang dan pendapatannya kini mencecah RM2000 – RM3500.00.

_______________________________________________________________________________________________________________________