PENGENALAN ASAS KOMPUTER & LATIHAN ICT (MICROSOFT OFFICE)
|
Nama : Nizarrel Mu’az Bin Mahmud Faizul Umur : 14 tahun Ahli : 2015 |
Latar belakang
Beliau merupakan seorang pelajar lelaki tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Soeharto. Hobi beliau adalah melayari internet dan bercita-cita menjadi juruterbang pada satu hari nanti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penglibatan beliau dengan Pusat Internet, beliau hanya melaksanakan rutin hariannya di rumah dan sekolah sahaja. Pada musim cuti sekolah, beliau hanya tinggal dirumah dan menghabiskan masanya dengan melayari internet. Dengan berbekalkan sebuah komputer dan wifi, beliau hanya menggunakan komputer untuk tujuan menonton video dan bermain permainan computer bersama adiknya. Beliau juga tidak mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office seperti Microsoft Words, Power Point dan Publisher kerana tidak mempunyai ilmu tentang penggunaan ICT dengan betul dan tidak mengetahui asas-asas pengenalan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Dengan menjadi ahli Pusat Internet, beliau sering menghadiri kelas ICT bersama rakan-rakan beliau bagi mempelajari asas-asas komputer, mendalami ilmu mengenai Microsoft Office serta laman-laman internet yang dapat meningkat daya pemikiran dan menguji minda.
Dengan kerjasama dan bantuan daripada petugas Pusat Internet, beliau diberi pendedahan mengenai pengenalan asas komputer pada awalnya. Beliau diajar mengenai komponen-komponen, fungsi setiap komponen dan cara mengendalikan setiap komponen dengan betul. Seperti pelajar yang lain, beliau dapat menguasai dan menggunakan komputer dengan betul dalam masa yang singkat dan dapat memahami pengenalan asas komputer yang diajar oleh petugas.
Selain itu, setelah menguasai pengenalan asas komputer, beliau menghadiri kelas Microsoft Office. Di dalam kelas ini, beliau dan rakan-rakan diajar menggunakan Microsoft Words. Melalui kelas ini, beliau diuji dengan kemahiran menaip dan membuat surat. Seterusnya, melalui kelas Microsoft Power Point, mereka diajar untuk membuat slide pembentangan. Beliau juga turut menghadiri kelas ICT yang lain seperti Publisher dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher, beliau dapat menghasilkan kad hari guru yang menarik dan didalam kelas Movie Maker, beliau antara pelajar yang dapat menghasilkan video menarik dan lengkap mengikut setiap apa yang diajar oleh petugas. Beliau seorang yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk mempelajari sesuatu yang baru serta sering bertanya jika tidak faham akan sesuatu perkara.
_______________________________________________________________________________________________________________________