mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Norashikin Binti Jaafar (Q1 2018)

shikin delivery

USAHAWAN MAKANAN DELIVERY

 Nama    : Norashikin Binti Jaafar

 Umur    : 28 tahun

 Ahli      : 2017

Latar belakang

Norashikin binti Jaafar merupakan anak ke 3 daripada 6 bersaudara. Beliau telah dikurniakan 2 orang cahayamata perempuan hasil daripada perkahwinan yang dilangsungkan pada 3 Mac 2009 bersama cinta hatinya Norfaisal Bin Abdul Hamid.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Norashikin atau lebih mesra dengan panggilan Ekin merupakan surirumahtangga sepenuh masa. Disebabkn bebanan perbelanjaan yang saban hari semakin meningkat, Ekin tekad untuk membantu meringankan beban suaminya yang hanya bekerja sebagai posmen. Rentetan daripada itu, Ekin mula menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan. Pelanggan Ekin terdiri daripada rakan-rakan dan juga jiran terdekat. Pendapatan yang diperolehi Ekin sekitar RM200-RM500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Saranan daripada sahabat baiknya yang menyarankan Ekin mengunjungi Pusat Internet Felda Sg. Tengi telah menjadi titik tolak untuk kejayaan yang dikecapinya saat ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan beliau dalam mengikuti setiap bengkel atau kelas usahawan di Pusat Internet ini beliau kini mampu tersenyum dengan hasil telah pendapatan kini mencecah RM1000-RM2000 sebulan.

_____________________________________________________________________________________________________________________