mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Norafidah Binti Ajis Samsudin (Q1 2018)

afidah ida mekap

USAHAWAN MEKAP & ANDAMAN

 Nama    : Norafidah Binti Ajis Samsudin

 Umur    : 26 tahun

 Ahli      : 2016

Latar belakang

Norafidah binti Ajis Samsudin berasal daripada Sungai Besar, Selangor. Dilahirkan pada 2 Disember 1990 dan kini berusia 28 tahun. Telah mendirikan rumahtangga pada 14 Julai 2009 dengan pasangannya Omar Rodin, jejaka pilihan hati yang berasal daripada Felda Sg. Tengi dan kini berbahagia di samping suami dan sepasang cahaya mata yang masing-masing berusia 8 dan 2 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Norafidah atau lebih dikenali dengan nama ida makeover amat meminati bidang kecantikan dan hobi beliau manatarias wajah-wajah sahabat dan juga saudara mara terdekat. Bertitik tolak dari situ, ida mendapat galakan daripada suami dan rakan-rakat terdekat untuk menjadikan hobi beliau sebagai salah satu sumber pendapatan.

Beliau hanya menerima tempahan mekap daripada kenalan rapat dan jiran yang terdekat. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM100-RM200 sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Ida yang kini menetap di Felda Sg. Tengi, telah mengunjungi Pusat Internet Felda Sungai bagi mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar para petugas Pusat Internet mengenai ilmu ICT. Di Pusat Internet, Ida mempelajari asas perniagaan secara online. Secara tidak langsung ida diberi khidmat nasihat serta panduan untuk menambahkan pendapatan dengan mengiklankan perkhidmatan Andaman serta solekan secara atas talian. Dengan adanya bakat serta kebolehan mengandam, ida terus maju ke hadapan untuk mempromosikan khidmat Andaman yng ditawarkan secara atas talian.

Dengan bantuan petugas Pusat Internet, Puan Ida kini telah pun memiliki akaun facebook dan ingstagram sendiri bagi mempromosikan perkhidmatan solekan dan andaman. Usaha beliau mendatangkan hasil apabila perkhidmatan yang dijalankan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan dan cuti persekolahan (perkahwinan). Beliau dapat menarik lebih ramai pelanggang dan pendapatannya kini mencecah RM1800 – RM2500.00.

____________________________________________________________________________________________________________________