ASAS KOMPUTER, MEDIA SOSIAL (FACEBOOK) & TUTORIAL YOUTUBE
|
Nama : Manura Binti Mat Saud Umur : 42 tahun Ahli : 2013 |
Latar belakang
Beliau merupakan seorang surirumah tangga dan ibu kepada pasangan anak kembar perempuan yang bersekolah di SK Sungai Tengi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Aktiviti seharian pada zaman kini banyak bergantung kepada teknologi maklumat membuatkan beliau tidak ingin melepaskan peluang untuk menimba ilmu IT di Pusat Internet Felda Sg Tengi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau menghadiri kelas latihan ICT berdasarkan jadual latihan yang diberikan oleh petugas. Perkara pertama yang beliau pelajari ialah perkakasan computer. Beliau diberi penerangan tentang jenis-jenis komponen computer, nama peralatan computer dan tujuan kita menggunakan computer. Setelah memahami dan tahu cara menggunakan computer, beliau diperkenalkan pula dengan internet. Beliau menjadi semakin seronok dan teruja bila mana beliau turut mempelajari cara-cara mendaftar emel, mewujudkan akaun facebook dan tutorial di youtube.
Dan kini, beliau mahir dalam ilmu IT tanpa bantuan petugas lagi.
__________________________________________________________________________________________________________________________