|
Tarikh : 15 Disember 2018 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Felda Sg Tengi Peserta : Komuniti Setempat |
Tujuan
Program ini telah disertai oleh komuniti setempat Felda Sg Tengi. Tujuan utama Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Felda Sg Tengi ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan pihak komuniti Felda Sg Tengi, pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), lokaliti KOSPEN dan badan NGO yang lain untuk mewujudkan Komuniti Sihat. Dengan adanya program seperti ini, secara tidak langsung dapat mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk komuniti setempat yang sudi hadir bagi menjayakan program ini. Antaranya, Pertandingan Aplikasi Dashboard Komuniti iaitu MyShop (Iklan Produk Kesihatan) & MyKomuniti (Cipta Slogan Kesihatan). Di samping itu, turut diadakan Pertandingan Mewarna untuk pra sekolah/tadika KEMAS,Teka Silang Kata Buah-buahan & Piramid Makanan untuk pelajar sekolah kebangsaan, & Kuiz Online Makanan Seimbang. Terdapat juga pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung yang ingin tahu tahap kesihatan mereka dari segi Pemeriksaan Tekanan Darah, Gula Dalam Darah dan BMI (ukur tinggi & berat badan). Selain daripada itu, terdapat Pameran & Ceramah Kesedaran Denggi yang telah disampaikan oleh pihak Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kubu Bharu dalam program ini. Di samping itu, Advokasi & Kuiz Klik Dengan Bijak, Mobile E-waste & cabutan bertuah untuk 200 pengunjung yang terawal turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Sukaneka Pijak Belon & Dari Mata Turun ke Mulut turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti setempat.