mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Norazrina binti Talib (Q1 2020)

kek batik ina sayuti

USAHAWAN KEK & PASTRI

 Nama    : Norazrina binti Talib

 Umur    : 33 tahun

 Ahli      : 2019

Latar belakang

Usahawan kek & pastri

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Minat Puan Ina dalam pembuatan Kek bermula setelah beliau mengikuti kelas pembuatan kek dan pastry anjuran KEMAS Felda Sg. Tengi. Pada peringkat awalnya beliau  sekadar menjadikan hobi membuat kek ini hanya untuk disajikan kepada jiran tetangga. Namun kerana permintaan daripada rakan-rakan dan juga jiran terdekat yang ingin membuat tempahan kek maka Puan Ina mula menjual kek hasil air tangannya.

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100.00– RM150.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Ina berpeluang menggunakan perkhidmatan Kelas ICT yang diadakan di PI secara percuma. Di PI, beliau mengikuti kelas-kelas ICT termasuk kelas Asas Komputer, Kelas Kemahiran Komputer seperti Microsoft, Publisher, Photoshop dan Movie Maker. Melalui kelas Publisher dan Photoshop, beliau dapat mempelajari cara-cara mudah untuk mengedit gambar dan menggunakan gambar tersebut untuk mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial. Selain itu, beliau juga diajar langkah-langkah yang mudah dalam mempromosikan perniagaannya di laman social seperti Facebook dan Instagram.

Beliau diajar cara untuk mempromosi produk, mengambil tempahan, membuat bayaran atas talian dan mengemaskini ‘feedback’ pelanggan di laman social. Menurutnya lagi, dengan ilmu yang telah dipelajari di PI, ianya dapat membantu beliau dalam menguruskan perniagaan atas taliannya dengan lebih baik dan dapat meningkatkan lagi jumlah pendapatannya kerana dapat lebih ramai pelanggan di laman social.

Pendapatan beliau kini mencecah RM500 – RM700.00 sebulan mengikut pada tempahan yang dibuat.

_______________________________________________________________________________________________________________________