|
Tarikh : 15 Jun 2019 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang Lokasi : Pusat Internet Felda Sg Tengi Peserta : Komuniti Setempat |
Tujuan
Program ini telah disertai oleh komuniti setempat Felda Sg Tengi. Tujuan utama Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Sg Tengi ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan pihak komuniti Felda Sg Tengi, pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), lokaliti KOSPEN dan badan NGO.
Aktiviti
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk komuniti setempat yang sudi hadir bagi menjayakan program ini. Antaranya, Pameran Agensi seperti Hijrah Selangor, Pos Malaysia, Tupperware Brand dan sebagainya. Selain itu, Pertandingan Aplikasi Dashboard Komuniti iaitu MyShop (Iklan Produk) & MyKomuniti (Mengarang Artikel) turut diadakan. Di samping itu, turut diadakan Pertandingan Mewarna untuk pra sekolah/tadika KEMAS/Tahap 1 (SK), Kuiz ICT Online & Pertandingan Mua Cilik serta Shawl untuk pelajar sekolah kebangsaan. Manakala Pertandingan Menganyam Ketupat dan Cakna Siber : Origami untuk kategori dewasa. Terdapat juga pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung yang ingin tahu tahap kesihatan mereka dari segi Pemeriksaan Tekanan Darah, Gula Dalam Darah dan BMI (ukur tinggi & berat badan). Di samping itu, Advokasi Klik Dengan Bijak, Mobile E-waste & cabutan bertuah untuk 200 pengunjung yang terawal turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Selain daripada itu, PI Felda Sg Tengi turut mendapat kunjungan yang tidak disangka daripada YB June Leow Hsiad Hui, Ahli Parlimen Hulu Selangor untuk melawat kawasan (site visit) Felda Sg Tengi.